Monday 1 July 2013

Cinta ku tidak semanis kurma..

Hahha.. Tapi itu la hakikatnya..

Ramai yang bertanya kenapa "putus"? PUTUS? ya putus dengan si dia. Kalau ler aku boleh senang2 cerita kan senang, tidak juga makan dalam. Bukan xnak cerita tapi ia akan mengaibkan semua pihak. Jadi biarla aku sorang jak kunci rapa2 cerita kisah aku ni. Semuanya pahit dan paling sadis iaitu, kelima-lima bf aku tinggalkan aku. Sebab tu aku x percaya lelaki. Kenapa? Sebab asyik di tinggalkan jak. Biar la kenal berpuluh tahu, bekas pelajar sekolah agama, hensem nak mampus tetap PUTUS! Dang!!!~ Bagai di tukul kepala ni bila di pikirkan. Yela aku jak di kasi tinggal, bila pulak turn aku mau kasi tinggal lelaki? So sebelum terjebak untuk babak2 putus kali ke 6, aku siap bawa diri. Jauhkan diri dari semua lelaki. Itu jak caranya. Buat apa bercinta kalau akhirnya putus juga? Sama seperti perkahwinan. Jujurnya aku tiada kepercayaan sama perkahwinan. Biar tinggi mana iman seorang lelaki dan bertapa setianya aku sama husbandku nanti, aku tau, akhirnya aku akan di tinggalkan. Kenapa? Sebab da lumrah hidup aku macam tu. Aku da tau kesudahan hidup berteman aku. Orang di sekeliling aku hanya lihat luaranku yang sihat walafiat, sebenarnya tidak. Ingin aku teriak kepada dunia yang aku TIDAK PERCAYA PADA LELAKI.. Maafkan aku. Aku hanya mahu mendekati dan kenali kamu tapi tidak mungkin akan ambil keputusan untuk bersama. Kamu buat la janji hitam putih pun aku tetap tidak percaya. Jangan salahkan hati dan perasaan aku, tapi salahkan jalan cerita hidup aku. 'Mereka' yang telah mengajar aku untuk bertidak bergini. Maaf, lelaki. aku x boleh.

No comments:

Post a Comment