Tuesday 14 February 2012

Halangan

Askum...
Bismillahnirohmannirohim....

Ya Allah, apa lagi dugaan yang patut saya hadapi?.. Aku tahu semua itu adalah ujian dari Mu..
Setia, jujur, ikhlas tapi semua itu x berguna jika restu ibubapa tidak dapat di penuhi. Sesungguhnya itulah masalah terbesar yang terpaksa saya lakukan sekarang...Aku takut akan masa hadapan.Ya Allah, berikan aku jawapan yang pasti. Sesungguhnya hamba mu ini bodoh dan tidak dapat memahami kehendak Mu..

Monday 13 February 2012

Solat Isthikarah

Assalamualaikum....

Bismillahnirohmannirohim...Ya Allah yang ku rindui. Aku masih tidak dapat menafsir apa yang Engkau berikan kepada ku.. Aku melakukan solat isthikarah untuk meminta jawapan mu ya Allah.. Berikan aku jawapan ya Allah, aku redha dgn semua ketentuanmu. Aku tahu semua yang kau tetapkan adalah untuk kebaikan mat mu ini.

Tuesday 7 February 2012

Lupakan yang lalu....

Ya Allah, aku bersyukur kepada mu ya Allah. Semua ini adalah milik Mu termasuk perasaan aku ini ya Allah. Aku berserah padaMu..Sesungguhnya engkau telah membuka mata ku untuk menjauhi zina seperti yang telah engkau terterakan dalam Al-Quran
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)


Aku akan sentisa berdoa kepadamu ya Allah

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)

Monday 6 February 2012

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya “Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata “Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak, malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Im getting better

Assalmualaikum,

Alhamdulillah ya Allah, i'm getting better.Its all because of you. I believe that everything that happen to me, you will pay more in the future.If this the only way for me to get a deeds that I accept it.

Friday 3 February 2012

Kau Kekuatan ku..



"ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah lah yang lebih mengetahui." sural Al baqarah

Kesedihan ku

Ya Allah, adakah kau mendengar isi hati ku.Sakit sungguh perpisahan ini..Tolong cabut rasa sakit hati ini dan banyakkan rasa cinta pada Mu.

Semakin kuat

Ya! Aku semakin kuat dan tabah...Terima kasih ya Allah. Dengan sentiasa mengigati mu membuatkan aku terus tabah menghadapi ujian mu. Aku tahu Engkau tahu apa yang terbaik untuk aku. Walaupun perit dan susah, tapi dengan mengigati Mu semua jadi mudah! Allahuakbar!

Keputusan terakhir

Akhirnya, putus juga. KUNFAYAKUN.. Ya Allah, aku redha terima semua ini ya Allah. Semua yang berlaku mesti ada hikmahnya.Apapun apa yang ku lakukan adalah Dosa yang nyata. Engkau amat meyayangi ku kerana masih memberi aku peluang untuk mendekati mu dari mendekati perkara yang sungguh engkau murkai.Di laknatlah sesiapa yang melakukannya..InsyaAllah akan ku tunaikan apa yang lama ku niatkan dalam hati ini. Aku memohon kepada Mu Tuhan ku yang satu, kuatkan iman ku, tabahkan hati ku, teguhkan pendirian ku.

Berdebar sebentar

Ya Allah yang maha mengetahui......
Sesungguhnya aku terlalu mngikut perasaan ku. Walaupun tanpa ragu-ragu namun aku bagaikan telah membelakangi Mu. Maafkan aku ya Allah.

Putusnya kasih antara manusia

"saya nak nangis boleh?"

Thursday 2 February 2012

Break sementara

Ya Allah, kuatkan semangat ku ya Allah.Kuatkan semangat ku...KUNFAYAKUN...Aku redha ya Allah jika ini mahu mu....

I'm in the news!!

READ HERE...BERNAMA NEWS

TAMPARAN HEBAT

Ya Allah, apa lagi yang Engkau ingin aku rasa? Sesungguhnya aku rasa tersiksa melihat kegembiraan rakan-rakan ku yang bekeluarga. Ya Allah, aku takut akan kekhilafan ku membuat keputusan di saat aku sedang berduka cita. Bantu aku ya Allah. Kuatkan semangat ku selama ujian ini menimpa ku. jangan biarkan bisikan syaitan laknatullah memesongkan hati ku.

Kedukaan ku

Ya Allah ya tuhan ku..pada mu aku berserah..aku x sanngup lagi di permainkan seperti ini ya Allah. Aku takut salah memilih jalan yg kau redhai.Ya Allah berikan aku petunjuk ya Allah. Tetapkan hatinya dan tetapkan hatiku sekiranya dia adalah jodoh ku. Bimbing aku mencari redha Mu.Aku tidak pinta yang bnyk ya Allah Cuma aku mahu Engkau berikan aku jodoh yang baik ya Allah. Yang berada di hadapan ku ini aku suda menganggapnya cukup sempurna bagiku yang tidak seberapa ini ya Allah.Aku memohon kepada mu ya Allah, bukakn hatinya untuk menikahi ku secepatnya demi mengelak dari kemungkaranmu ya Allah. Sesungguhnya Engkau amat mengetahui isi hati ku yang kini bersedia memikul tanggungjawap seorang istri ya Allah. Ya Allah ya rahman, berikan ku putujukmu. Jika dia bukan jodohku maka pisahkan kami ya Allah. Sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang terbaik untukku. Hambamu yang sentiasa alpa ini tidak sanggup menanggung beban yang berat di hati. 

Wednesday 1 February 2012

I love Islam

I LOVE ISLAM
iluvislam

The website that really gave me an inspiration, guides and everthing that i never know about Islam. They post story, Sunnah, and everything that U wanna know about islam. Seriously this website is really useful for us especially who do not know about Islam like me. :( lets spread the love!!! Love to Allah is internity!!

Opening story

KUNFAYAKUN..
When Allah swt want it happen, it will happen...
Lets make our life full with Pray and Shalat..InsyaAllah, Allah swt hear your pray.. I wanna maek this blog a place for me and YOU share the beauty of Islam, the story in made our life full of bless from Allah swt..Amin yarabb alamin.