Wednesday 14 May 2014

Kenapa jodohku lambat?

Assalamualaikum!

Bila terbaca topik blog saya kali ini, sungguh teruja kan? Hormon adrenalin sama seperti sedang bermain roller coaster. :) Ok, cukup dengan pendahuluan.

Menjemput jodoh...

Hmm.. satu topik yang hangat bagi yang masih bujang seperti saya ini. Pada umur saya yang hampir mencecah 30an ni bukan mudah untuk menjemput namanya JODOH dengan ikhlas dan redha. Kenapa saya kata ianya susah? Ini semua kerana nafsu yang tidak pernah puas! bukan nafsu itu yang saya maksudkan tapi nafsu yang inginkan semuanya SEMPURNA bukan hanya pada mata sendiri tetapi juga pada mata orang lain? Faham dengan maksud saya? Maksud sempurna adalah, gadis yang mencari lelaki yang sempurna walaupun pada zahirnya si gadis itu bukanlah sempurna mana. Jika permintaan ini masih ada di hati, maka semakin jauh dan semakin sukarlah jodoh datang mendekat.

Saya bukan bermaksud ingin menghancurkan niat sesorang itu untuk mencari lelaki yang sesuai untuknya tetapi pernahkah anda melihat / cermin diri anda sendiri samada anda pantas untuk mendapat lelaki idaman anda. Saya tahu tiap gadis punya permintaan yang berbeza bagi lelaki idamannya tapi yang basic tu mesti sama. Mereka meninginkan lelaki masuk kedalam kelas lelaki

1. Kacak / Rupa paras sedap memandang (Kalau muka cam jalan raya, x perlu consider, terus reject!) Betul kan?
2. Warna kulit. (Kalau lelaki berkulit cerah, sudah tentu menjadi pilihan pertama wanita walaupun dia berkata di mulut bahawa warna kulit bukan ukuran. Potong jari saya kalau kamu tidak pernah membedakan warna kulit dalam memilih lelaki terutama bagi wanita yang berkulit cerah. Mereka beranggapan bahawa lelaki berkulit gelap ini sangat buruk dan tidak padan dengan kecantikan yang di milikinya)
3. Pendidikan. (Wanita yang berpelajaran lebih cenderung memilih lelaki berpendidikan tinggi untuk menyamakan taraf dengan diri. Adoiyai! Jadi kalau yang sekadar SPM tu tidak di pandang lah? dan lagi teruk bila wanita berkelayakan SPM memilih untuk tidak berpasangan dengan lelaki yang mempunyai kelayakan yang sama).. Saya cop perempuan macam ni tidak sedar diri..
4. Aset. Apa-apa jela, hp IPhone ka, kereta kah, rumah kah. Tapi kalau budak lepasan sekolah dia tinguk kereta sama henpon dulu tu.
5. Pekerjaan/kerjaya.
6. Family background
7. Duit yang ada dalam tangan dan dalam bank
8. Appearance
9. Personality

Disebabkan list diatas inilah ramai wanita belum ketemu jodoh mereka sebab mereka beranggapan bahawa lelaki yang dapat penuhi segala yang termaktub dalam list mereka ini WUJUD dan akan MEMILIH mereka sebagai suri rumah tangga.

Redha dengan ketentuan Ilahi adalah benda yang sepatutnya di fikirkan. Kalau kita redha, mesti happy, kalau x redha, macam - macam lah rasanya. Rasa x puas hati adalah perkara yang akan wujud dulu, perasaan hasad dengki, tamak dan akhirnya penipuan sama ada pada diri sendiri dan juga orang lain. Kalau masih ada sifat sebergini dalam hati, maka proses mecari lelaki idaman anda akan menjadi satu proses yang tidak akan ada penghujungnya.