Saturday 6 July 2013

Ahlan Wahsalan Ya Ramadhan..

Ramadan datang lagi...

Setahun suda berlalu dan kini Ramadhan datang bertandang lagi. Alhamdulillah Ya Allah, syukur ke hadrat mu. Ramadhan yang di nanti kunjung tiba lagi saat aku masih bernyawa ini. Tapi cukup ka amalan ku sejak ramadhan lalu? :( Sesungguhnya Allah swt sungguh menyayangi umatnya seorang ini. Sungguh aku kejam terhadap NYA. Aku tidak pernah mengamalkan segala suruhanNYA dan kerap meninggalkanya. Tidak ka wujud rasa bersalah dalam diri ku? Sesungguhnya rasa bersalah itu ada menemaniku setiap masa tidak kira dimana sama seperti Syaitan yang kerap bebisik di telingaku menghasut dan menaburkan segala ilmu kejahatannya dan aku insan yang tidak berdaya dan tidak beriman terkulai layu mendengar bisikan halusnya tu yang sungguh lembut dan mendayu2. Tidak ka kamu merasakan segala bisikan syaitan itu sungguh lembut dari ceramah agama di masjid2 dan sebagainya? Aku cuba sedaya upaya untuk menangkis cuma aku tiap kali kalah. Ya Allah, kuatkan Iman ku. Ada kalanya aku ingin engkau mencabut segala perasaan ku tetapi aku risau jika itu berlaku, aku tidak akan kenal perasaan cinta terhadapMU, AgamaMU dan Nabi ku yang ku sanjungi. Ya Allah, berikan aku jawapan ya Allah. Sesungguhnya aku ketahui dengan jelas ujian yang KAU berikan ini hanya sedikit malah hanya sebesar zarah jika ingin dibandingkan dengan umat mu terdahulu dan orang2 yang ko perkatakan dalam Al-Quran. Aku cuma meminta agar ko jauhkan bisikan syaitan itu dari telinga dan lubuk hati ku ini hanya ingat terhadap MU ya Allah. Itu sahaja pinta ku. Aku sedar Syaitan telah banyak menghancurkan masa depan ku, aku benci mereka sedalam-dalamnya sehingga ke hari akhirat. Tolong ya Allah, aku memohon tolong jauhkan mereka dari hidup ku. Sesungguhnya itu sahaja pinta ku. 

Dari insan yang sering sendiri dan lemah dalam segala hal. 

Tuesday 2 July 2013

Easily..

Ni semua sebab santi la ni. Pandai betul dia kasi kena aku dengan lagu yang sedap ni dari Brave Girl - easily. Sekali dengar terus suka. Hahha.. Biar la x faham ka apa, aku dengar balik2 selagi x muntah tu aku x berhenti dengar. Hahha.. Teringat kat Cigu Johari Besar kalau bab2 muntah ni. :D

Lagu ni dari penyanyi grup korea. Aku x pernah tahu pasal group ni. Alah, aku suka dengar lagu jak, sama baju dorg sama mekup dorg.. Tapiiii jangan risau, ndak juga la bah mau di tayang kaki paha macam diorang tu. Aku masih juga mau bertudung. Alhamdulillah ndak la aku buka tudung ni sampai mati.




Ni la gambar kumpulan Brave Girl. Fake semuakan? hahha.. Paham2 jak la bah. Haiya!


Monday 1 July 2013

Cinta ku tidak semanis kurma..

Hahha.. Tapi itu la hakikatnya..

Ramai yang bertanya kenapa "putus"? PUTUS? ya putus dengan si dia. Kalau ler aku boleh senang2 cerita kan senang, tidak juga makan dalam. Bukan xnak cerita tapi ia akan mengaibkan semua pihak. Jadi biarla aku sorang jak kunci rapa2 cerita kisah aku ni. Semuanya pahit dan paling sadis iaitu, kelima-lima bf aku tinggalkan aku. Sebab tu aku x percaya lelaki. Kenapa? Sebab asyik di tinggalkan jak. Biar la kenal berpuluh tahu, bekas pelajar sekolah agama, hensem nak mampus tetap PUTUS! Dang!!!~ Bagai di tukul kepala ni bila di pikirkan. Yela aku jak di kasi tinggal, bila pulak turn aku mau kasi tinggal lelaki? So sebelum terjebak untuk babak2 putus kali ke 6, aku siap bawa diri. Jauhkan diri dari semua lelaki. Itu jak caranya. Buat apa bercinta kalau akhirnya putus juga? Sama seperti perkahwinan. Jujurnya aku tiada kepercayaan sama perkahwinan. Biar tinggi mana iman seorang lelaki dan bertapa setianya aku sama husbandku nanti, aku tau, akhirnya aku akan di tinggalkan. Kenapa? Sebab da lumrah hidup aku macam tu. Aku da tau kesudahan hidup berteman aku. Orang di sekeliling aku hanya lihat luaranku yang sihat walafiat, sebenarnya tidak. Ingin aku teriak kepada dunia yang aku TIDAK PERCAYA PADA LELAKI.. Maafkan aku. Aku hanya mahu mendekati dan kenali kamu tapi tidak mungkin akan ambil keputusan untuk bersama. Kamu buat la janji hitam putih pun aku tetap tidak percaya. Jangan salahkan hati dan perasaan aku, tapi salahkan jalan cerita hidup aku. 'Mereka' yang telah mengajar aku untuk bertidak bergini. Maaf, lelaki. aku x boleh.

Back to reality..

Sambil-sambil dengar lagu Sistar19 ni, seronok menaip blog aku yang tiada orang pun berminat nak join. X kesah la sepa nak follow ke, read ka. Ini khas aku buat untuk aku membebel kisah hidup ku yang tidak menarik. Biar Allah sahaja yang tahu. Chewah! Berpuitis nampaknya ko Noris! :)

Apapun, hari ni, tajuk, Back To Reality. Ini semua gara-gara berangan sebab baca Novel satu ni. "Sungguh, Aku Gilakan Kau!" tajuknya ya.. Penulis? Kejap ah.. Oh, Ok by Izz Alejandra. Doiii.. Nama tu bah! Susah2 la bha mama sm baba nya mau pikir nama dia sebelum Lahir, senang2 jak dia ubah nama glamor. Hargailah pemberian nama kita tu biar seburuk mana pun. Chewah! Nanti x pasal2 org yang membaca ni ketawa, x kurang juga kutuknya..

Terlalu kusyuk baca novel ni buat aku berangan panjang sama buat aku x keruan nak baca sampai habis. Ini sebab jalan ceritanya comel walaupun slow. Watak utama "Adrianna dan daniel".. Haha! Betul Danial lagi. Rasanya dalam 5 tahun ni pemes sangat nama Danial/Daniel/Danny.. Cerita ok mula2 30 pages pastu suram hampir kepada klimaks cerita. Kuat komen kan? Alah pendapat aku jak bah! Kamu pulak? Skala aku nak bagi out of 10 is 6/10. 

Ok, aku berbloging ni nak cerita ini sebenarnya. Sedikit sebanyak cerita ada cerita hidup aku. Part yang mana? Part melawan dan keras kepala tu la. Hahha.. Novel ni juga buat aku teringat la kisah lama2. Kadang2 terdetik juga dihati aku. Kenapa cerita aku tidak sesuwit cerita dalam novel ni ya? Aku tau la dunia reality mana sama dengan cerita novel yang di reka ikut kemahuan manusia semata-mata kan? Aku kan manusia, mestilah aku nak semuanya yang terbaik kan? Bukan gitu? Babak ni wat aku ingat sorg mamat ni, pastu babak yang tu pulak buat aku ingat sorg mamat lain pulak. Bila pikir balik memang tiada yang manis dalam cerita cinta aku. Semua pahit! Seyes, semua pahit. sebab yang sweet tu semua bohong dan lakonan semata-mata. Tidak ka pahit tu? Mengenang kesah lama ka cik Noris oiii?! Ok, lupakan semuanya. Aku sekarang da tak kesah la apa nak jadi. Tak kawin pun x apa. Tapi kan sunnah. Camna ya? Aku tersepit antara kewajipan dan perasaan sendiri. Ya Allah, jangan engkau jauhkan aku dari hidayahmu ya Allah. Jangan engkau sempitkan pemikiranku. Amin.. Doakan sekali ya!