Wednesday 9 April 2014

Anak angkat


Satu soalan untuk pembaca,

Sanggupkah kamu mengambil anak angkat sedangkan kamu boleh peroleh anak sendiri?

Bagi saya, anak itu anugerah Allah. Biarlah asalnya dari yang halal atau tidak, dari tempat kotor atau bersih dia tetap manusia. Mereka ada hak nak bahagia macam kita yang punyai keluarga sempurna. Tapi saya x faham pemikiran org tua sekarang ni, kenapa susah sangat terima anak angkat yang di buang? Bukan kah tugas kita sebagai manusia membantu manusia lain? Bagi pandangan saya, di kurniakan seorg anak (bayi) walau bukan lahir dari rahim saya akan saya didik anak tu sebaik - baiknya. Dia juga manusia, dia punya perasaan. Sudah jadi lumrah manusia tolong sesama sendiri. Saya bersyukur jika saya di beri peluang membesarkan seorang khalifah di muka bumi ini tapi kenapa mulut2 basi tu sanggup membuang jauh2 dan mengasingkan diri dari golongan ini? Sungguh pentingkan diri sendiri! 

Saya tidak faham langsung dengan apa yang mereka fikir. Tidak kah sangat berharga nyawa itu? Dimana kasih sayang tu patut di sumbangkan? Kepada anak sendiri sahaja, saudara terdekat sahaja dan kasih sayang itu tidak patut di kongsi dengan org yang tidak mempunyai kaitan dengan kita? Macam tu kah?

Sungguh saya tidak faham manusia sebergini. Kecewa, sedih dan confuse pun ada juga. Saya hanya berniat ingin membesarkan seoang manusia agar tidak menjadi seperti ibubapanya. Saya sanggup menumpahkan seluruh kasih sayang, penat lelah, wang dan juga masa saya membesarkan anak orang lain di atas rasa tanggungjawap sebagai manusia dan juga atas belas kasihan yang wujud dalam hati ni. 

Dalam kes ini, saya cuma terkesan dan kecewa dengan tindakan ibubapa saya sendiri yang tidak menyokong niat saya. Saya hanya perlu persetujuan bukan kritikan dan tidak kepercayaan mereka terhadap saya dan budak tersebut. Saya teruja dan ikhlas sepenuh hati saya terima anak angkat teman lelaki saya tu. Nak sangat didik dia, jaga dia, belai dia seperti anak sendiri.. Tidak akan ada beza kasih saya pada dia dan anak saya sendiri nanti. Tapi kenapa mereka berkeras tidak merestui hubungan ini? Mak, ayah, Saya terima dengan ikhlas mak, biar susah mana pun, mungkin ini dah jadi takdir saya dan saya redha tapi bukan redha dengan hati yang sakit malahan gembira mak.. Saya sangat gembira! Walaupun tangungjawap ini nampak berat di pikul, Insyaallah mak, saya boleh tempuhinya. Banyak dah ilmu dan pengajaran yang mak dan ayah turunkan ke saya, cukup mendidik saya untuk jadi seorang yang sangat berguna. 

Jalan hidup di dunia ni mana yang x susah? Semuanya susah, nak senangkannya memnag sampai ke mati pun x kesudahan. Hanya perlu tabah dan teruskan hidup je. Berbakti kepada keluarga dan manusia lain juga adalah tugas saya mak. Bukan ingin menjadi anak derhaka, tapi demi Allah dan demi Nuramni Syakirah, saya terima dengan redha dan saya sangat bahagia sekarang mak.. Sangat bahagia.. :')


No comments:

Post a Comment